CINTA PAKWE MAKWE
Masa bercinta
Tersepak batu kecil ajak jumpa dokter
Bila dah kawin
Katanya hai padan muka
Masa bercinta
Tengahari ribut panas tak rasa
Bila dah kawin
Siang dan malam panas sahaja
Masa bercinta
Amboi lembut sungguh tutur dan kata
Bila dah kawin
Tak boleh silap sikit nak tengking saja
Masa bercinta
Tulis surat panjang berjela
Bila dah kawin
Alamat rumah pun dia lupa
Masa bercinta
Amboi pandai sungguh dia hias diri
Bila dah kawin
Nak sikat rambut pun dah tak reti
Masa bercinta
Mata sering bertentang mata
Bila dah kawin
Nak jeling sikit pun tak selera
Masa bercinta
Dia berkata I tak pandang harta
Bila dah kawin
Macam-macam pulak dia minta
Masa bercinta
Tak pakai bedak wangi katanya
Bila dah kawin
Pakai wangi busuk katanya
Bukan saja nak cari salah
Apa lagi nak bersyarah
Sekadar ingin nak bertanya
Mengapa begini jadinya
VS
CINTA RASULULLAH
Baginda Paling Bersopan Santun, Berbudi Bahasa, Pemurah dan Penyabar…
Baginda adalah manusia yang paling mulia akhlaknya.
Baginda sangat dermawan, paling dermawan di antara manusia.
Pada bulan Ramadhan, beliau lebih dermawan lagi,
lebih kencang memberi dibanding angin yang berhembus.
Jika memilih urusan, baginda pilih yang paling mudah selama tidak melanggar syariat Allah.
Baginda sangat menghindar dari dosa. Jika diri baginda dizalimi, beliau sangat sabar.
Namun, jika hak Allah yang dilanggar, baginda sangat murka.
“Sangat pemalu melebihi gadis pingitan. Jika baginda tidak menyukai sesuatu,
langsung terlihat pada raut wajahnya. Baginda tidak pernah mencela makanan sama sekali.
Jika baginda suka maka dimakanlah makanan itu. Jika tidak suka,
maka baginda tinggalkan tanpa mencelanya.” (HR. Al-Bukhari)
Baginda sangat suka memenuhi janji, menyambung tali persaudaraan, paling penyayang,
dan lembut terhadap orang lain, suka memaafkan, dan lapang dada.
Terhadap pembantu, baginda tidak pernah membentak
atau menyalahkan pekerjaan pembantunya yang tidak beres.
Terhadap orang miskin, baginda cinta dan suka duduk-duduk bersama.
Baginda menghadiri jenazah orang-orang miskin,
dan tidak mencela orang miskin karena kemiskinannya.
...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...
nice entry
ReplyDeletetq faiz....=D
ReplyDeleteanim nak share entry ne boleh ?
ReplyDeleteanym,blh jer...dialu2kn sgt...
ReplyDeletetp bt la link kat blog nh ye...uhhuuhhu
haa oke2 .. tq ..
ReplyDelete