Saturday, September 8, 2012

UJIAN KE ATAS MEREKA YG IKHLAS



Adakah anda seringkali merasakan diri tidak pernah dihargai oleh orang lain ataupun majikan anda? Kisah yang diambil dari lanjutan email ini agak panjang namun dapat merungkai sedikit permasalahan anda itu InsyaAllah…

KATA KATA Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi. “Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji? Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?” Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…” “Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.“Kakak, boleh saya bertanya?” “Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi. “Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?” Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?” Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya. “Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik. “Maksud encik?”“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.” “Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you’ll get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.” “Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?” “Maksud kakak?” “Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”

KATA KATA 4“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil “golden rule!” Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya. “Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…” Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti. “Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.” “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’ “Pasti ada! Insya-Allah.” “Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.” “Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.” “Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

HUJAN“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”“Maksud encik?” “Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you’ll get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah deiman kasihngan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?


...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

MALUNYA....

Assalamualaikum...

apa cerita hari nih?? apa,pergi dating???ohh nooo,sampai hati tak ajak kaaka...untung la korg ada boyfren..huuhhu...kalau yang tak ada boyfren tu korg buat apa ye???cer cite cer cite...rmai kawan kaaka ckp kaaka nih jual mahal..apa maksud jual mahal sebenarnya ye??hmm i'm so wonder to know...actually,bukan jual mahal ke apa..mayb belum jumpa yang berkenan dihati..jodoh itukan rahsia Allah s.w.t...kaaka selalu berdoa bila masa jodoh kaaka akan datang,xsabar juga bila most of my fren yang dah kawin..paling tak tahan ada juga yang dah menimbang cahaya mata..sabor je laa...bila tahu dorg pregnant,kaaka yang over excited...i love kids very much...<3

back to the story...kaaka baru balik dr bengkel kereta..seawal 9 pagi dh pergi,sampai jer kat kedai tu..dah ramai orng duk tunggu turn...dah la ramai lelaki...kaaka pun turun kete yang cari la tauke kedai...my bro yang suggest kedai nih,dia kata murah ckit berbanding kedai lain...then dia kata tauke dia chinese...so,kaaka pun cari la tauke tuhh...hahhh,tu dia..belum je sempat bagitahu..

tauke : apa masalah mek??
kaaka : nak service tauke.
tauke : kejap,abe alih kete dulu. nak suh mek nih masuk depe.nanti wat masuk sini.
kaaka : ok.

then,kaaka park kete kat tempat tauke tu suruh...pakcik yang duduk sebelah kaaka tanya kete masalah apa,kaaka cakap la nak service..segan + cuak juga mula2,then ada family datang nak baiki kete la kot..ada wife anak perempuan..kira ok la skit sambil tgk pekerja bengkel mengservicekan mr.v...

pekerja : minyak brek cek dop nih??
kaaka : err err...dop,xtahu..nak cek mana??

dia pun tunjuk la tempat nak cek tu...

pekerja : nih nk tukar minyak gpo??
kaaka : minyak perodua...wink3~~
pekerja : premium ke biasa??
kaaka : yang mana molek??
pekerja : premium nih ok la lagi tapi wat biasa pun ok gak..
kaaka : kejap,saya nak tanya abang sya...

hmm buat malu jer,patut la ramai lelaki yang pandang rendah kat pemandu perempuan...bukan kami tak nak belajar,mayb bukan bidang kami...mcm lelaki juga,kenal tak bunga cengkih? bunga lawang??jintan putih?? korg pun tak tahu kan...even my bro pun pernah salah beli sawi dgn salad...nak salahkan siapa nih?? at least kaaka tahu juga nak letak angin tayar kete..hehehe

service tadi habis RM130,tukar minyak brek,minyak enjin,air bateri...bankrupt makkk...tapi abah kata nak ganti nt..yeay!!kalau service kat perodua mau cecah RM200 juga la...nasib baik dah habis tempoh kena service kat sana..nih service kali ke 4 dah la..mr.v makin matang dh sekarang...

p/s : kena study balik pasal kete nih..
p/s : esok ada date dgn mr.v..hooray..
p/s : nak sambung iron baju untuk LI..



...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

UJIAN KE ATAS MEREKA YG IKHLAS


Adakah anda seringkali merasakan diri tidak pernah dihargai oleh orang lain ataupun majikan anda? Kisah yang diambil dari lanjutan email ini agak panjang namun dapat merungkai sedikit permasalahan anda itu InsyaAllah…

KATA KATA Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi. “Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji? Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?” Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…” “Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.“Kakak, boleh saya bertanya?” “Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi. “Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?” Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?” Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya. “Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik. “Maksud encik?”“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.” “Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you’ll get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.” “Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?” “Maksud kakak?” “Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”

KATA KATA 4“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil “golden rule!” Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya. “Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…” Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti. “Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.” “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’ “Pasti ada! Insya-Allah.” “Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.” “Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.” “Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

HUJAN“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”“Maksud encik?” “Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you’ll get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah deiman kasihngan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

sources : HISHAMUDDIN HUSSIN


...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

Friday, September 7, 2012

AL-QURAN WANITA

Assalamualaikum semua...

mlm nih sempat blogwalking bbrp blog jer...line broadband slow yang amat,sabor je lah...uhhuhu
dekat FB ramai kawan2 kaaka post status pasal LI,semangat sungguh mereka...dalam duk berkomen dan mengelike..kaaka ada baca post pasal AL-QURAN WANITA..hmmm,sounds good kan...then kaaka baca apa kelebihan AL-QURAN nih....
kalau dulu fomous dengan AL-Quran Rainbow kan...sangat lawa Al-Quran nih,warna warni lagi...dah nama pun rainbow kan..kaaka igt nak beli Al-Quran rainbow tu tapi bila pikir balik,mcm tak worth lak nak beli sebab kaaka tengah cari Al-Quran terjemahan yg kecik and senang nak bawa ke mana2 jer...then,bila baca kelebihan Al-Quran Wanita,hati nih rasa tertarik jer...

Antara kelebihannya ialah...
- Al-Quran dan terjemahan 30 juzuk lengkap
- 744 muka surat berwarna dengan frame bunga
- indexs ayat2 tentang wanita dalam Al-Quran
-Hadith Arba'in Nisaaiyyah
- 40 nasihat dari Rasulullah buat wanita melalui hadith yang sahih

- 40 hadith tentang wanita (Arba'in Nisaaiyyah)
- 20 sejarah wanita yang disebut dalam Al-Quran
- Tips kecantikan Wanita mengikut sunnah Rasullulah
- carta tentang rawatip wanita
- carta tentang ibadah rawatib wanita
- carta tentang wanita yang haram dinikahi
-indeks ayat-ayat tentang wanita dalam Al-Quran
- Fiqh ibadah wanita
- Agenda muslimimah khatam Al-Quran
- Gelar wanita dalam islam
-kisah tentang wanita pertama dan utama dalam lintasan sejarah islam seperti Siti Khatijah r.a, Siti Aishah r.a dan ramai lagi..




tadaa.........



kaaka dh order...korg mcm mna??berminat???meh ler ke SINI kalau nak order...hmm xsbrnya nk dapat walhal admin die xreply pape pn lg..uhuhuhu

before kaaka end ths entry,jom tgk tomorrow checklist dulu...

-->service mr.v at kedai ah leong
--.>print borang
-->iron baju untuk seminggu

p/s :mcm takut pun ada nak strt LI nih...uhhuhuuh


...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

OHH CEMPEDAK GORENG LAGI

Assalamualaikum....

how's ur day??kaaka plan nak pegi pasar malam dkt pantai irama,bachok ptg nih...tp since hidung dok sok seh sok seh lagi angkara selsema....cancel la nak pegi...kang makin teruk lak selsema kena angin pantai..dah la isnin nh nk strt LI dh...kaaka suka pegi sana even 20 minit gak dari umah kaaka...pasar malam dia menarik,betul2 tepi pantai...biasanya kami beli makanan then lepak tepi pantai...aritu kaaka pegi,ada perkhidmatan sewa kuda...then ada yang naik mcm helikopter tu,tapi kita duduk ats kerusi,kaki kena straight ke depan...ala,lupa dah org pnggl apa..huuhu...

korang tahu tak sekarang nih musim apa???meh nak kasi tau...skrg nih musim cempedak kot...sebabnya tempat2 yang jual goreng pisang and keropok losong ada jual benda nih...actually bulan puasa aritu lagi musim dia...al-maklum la puasa kan,masa makan terhad...minggu nih direct duk mengadap cempedak,kadang makan mcm tu jer..tak goreng pun..lagi best tapi adik2 kaaka suka yang goreng..kena la jadi orang gaji yang tak bergaji...

sekali lagi,menu HI-TEA kami cempedak goreng..meh la ke rumah nak rasa cempedak goreng kaaka..hehehe...Here,our cempedak to be made...

isi cempedak yang sangat manis...ada yang kolor kuning,ada yang oren...

before di goreng,kena la gaul dengan tepung dulu...


time goreng...api kena la perlahan,baru yang dalam masak...

tadaaa....inilah hasilnya..
 p/s : jgn selalu guna newspaper nak buat lapik,bahaya...biasanya kaaka guna tisu tapi tisu dapur kehabisan..mama yang lapik dgn paper nih...aishhhh




...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

MENU TENGAHARI

Assalamualaikum semua....

sihat tak hari ini???kalau tak sihat cepat2 makan ubat,kalau teruk cepat2 jumpa DOKTOR...hmm bangun pagi tadi,kaaka rasa mcm nak selsema jer..mayB sebab semalam sejuk kot,kaaka sensitif dengan perubahan cuaca..al-maklum la kan,cuaca skrg nih xmenentu..kejap panas,tup2 petang hujan...apa plan korg ye weekend nih??(sblh pantai timur)..kaaka tgh menghitung hari nak start praktikal..xsabarnya...

ok,intro dah panjang tu...kang melalut kot lain lak..pagi tadi *ehh skrg pagi lagi, i mean pkl 9 tadi mama pergi pasar basah..biasa la nak mencari lauk pauk untuk menu tengahari ni...balik2,terus menerpa kaaka yang sedang kusyuk melipat kain...OMG,dlm banyak2 kerja..melipat kain la paling kaaka xsuka,tau takkk??
ok2,back to story...mama tanya kaaka nak masak apa arini,dah abis menu dah nak masak...siapa cakap jadi SURI RUMAH senang??susah wooo...dari pagi sampai malam tak henti2 bekerja,bukan setakat kudrat jer..otak pun guna tau..

hmm last2 kaaka suggest 2 menu...cer teka apa???sapa betul kaaka bg LOLIPOP..ehehehe
today,our menu are daging bakar berempah, ikan bawal 3 rasa and sayur campur (idea mama)...lalalala
abah dah balik dri dataran ilmu,terus tanya dah masak lum...nasib baik tadi mama ada beli roti canai,makan yang tu dulu la...daging dah siap perap,otw nak bakar la nih...

korang nak tahu resepi tak??kaaka selalu ke SINI...banyak resepi2 yang korg boleh try...kaaka suka try and error...modified skit resepi yang ada mengikut citarasa kaaka...

ok la,kaaka nak pergi bakar daging..bakar dengan arang lagi best...tapi kena buat bara dulu la..chow dulu ye,arini ari jumaat...kena masak awal la coz abah and adik2 nak ke masjid...


p/s : ada masa nanti kaaka sambung blogwalking ye...



..:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

Thursday, September 6, 2012

CERITA LAMA...

Assalamualikum w.b.t...

hmm lama berbenor kaaka xupdate story kat rumah kaaka nih kan...bukan setakat berhabuk bersawang, semut2 liar pun mula jadikan markas mereka kat sini...nasib baik tak jadi lubuk SINDIKET BUNGA API jer...uhhuuu
dah la lama tak update,sekali update CERITA LAMA yang dah berkurun terjadi...marsyALLAH,mujur la masih ada kesedaran diri tahap Minimum untuk bertangungjawab ke atas blog nih...
actually,bukannya kaaka xnak update blog pun...saje nak kasi awak..awak...dan awak yg kat sana rindu saya...RINDU dakk???*perasan!!! kaaka sebenarnya buat2 busy since ari2 last sem kaaka...OMG, saya dah last sem...last sem untuk attend kuliah jer,belum TAMAT lagi ok...kaaka ada intern lak lepas nih,nak tahu dekat mna??next entry kte story mory,boleh??
disebabkan kaaka yang buat2 busy, so byk la asgnment dan project yang memaksa kaaka mengunakan otak yang bijak ini untuk siapkan sebelum duenya tiba...that's why la,kaaka ketandusan idea untuk menulis di rumah kaaka ini...sory for those yng menantikan entry dari kaaka..(ada ker yg tunggu??)

back to the title,kaaka nak share dgn korg about my brother... he got engaged that last april...its an old story right??kaaka yg terOver excited coz finally i will got a sister...i really dream that i can have a sister since i'm the second...finally, MY DREAM BECOMES TRUE...ohh yeahh...

alhamdullillah,my bro got engaged with perak's girl...dorg kenal since stay di kuartes yang sama...my bro keje dekat pejabat kesihatan kubang pasu and my sis keje di hospital alor star..unfortunately,my sis being transfer to Perak before their engagement...my sis apply to transfer back to Perak before know my bro, belum sempat dia nak cancel,dh dapat surat kelulusan utk transfer...hmm PJJ la lepas nih kan,sorg diperak,sorg dikedah..

then,here their HANTARAN that made by me..my handmade ok...awesome tak???


akifays-wardahemas.blogspot.com




this is from our side...since kami berlainan negeri,so budaya pun lain la kan.. mengikut adat mereka,masa bertunang, hantaran dah macam kawin..nanti kawin xde dah hantaran2 nih...sound mcm xmeriah la kan nanti..after both parents discuss,they decide time bertunang ikut adat perak and bila kawin ikut adat kelantan... FYI, kelantan kan xde mas kawin..berapa yang pihak lelaki bawa,akan diangkat masa akad nikah..contohnya,kalau sePULUH ribu..pengantin akan jwb "aku terima nikahnya.......dengan mas kahwin sebanyak se10 ribu.." lebih krg mcm tu laa..

 ini dari pihak perempuan...13 berbalas 7...kalau korg nih alert,cer try kira atas tu ada berapa...bukan 13 kan..actually,adat mereka juga..hadiah dri sanak saudara or jiran tertangga juga akan diletak di bahagian hantaran juga..sebab tu banyak...

then,the most i like is....tadaaa
 yg nih decoration yang paling kaaka suka...weewee

the wife and husband in future...


p/s : dh besar panjang rupanya abang kaaka nih, dh 24 and CNY nanti dah nk kawin..rasa mcm baru jer lepas sekolah,mcm bulan lepas kita balik sekolah jalan kaki dek kena tgl dgn trak askar..rasa mcm mggu lepas abg mintak duit dgn kakak time rehat, rasa mcm semalam baru kita duk bgurau tarik2 rambut,kita main WWE...cepatnya kenangan itu meninggalkan kita.. sedar tak sedar, u will be married..dear my lovely brother,being a good husband and father ok...moga segala urusan akan dipermudahkan..

p/s : nasib laa kaaka presention thesis early january next year,then i finish my degree...blm lg nk hlng lelah,dh kena urus my bro wedding ths CNY...









...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

Wednesday, April 4, 2012

LATIHAN INDUSTRI coming soon!!!

 assalamualaikum w.b.t

apa khabar geng2 blogger??xsempat den nak berblogwalking since kekangan masa yg tidak mengizinkan...lately busy yang tak habis2...
now,kaaka in final year dah..kejap jer kan masa berlalu..next sem dh start praktikal,hope tak de yang sangkut la sem ni..huhuhuu...masa awal2 degree dulu,xsabar je rasa nak tunggu final year,nak p praktikal..but bila dah already in that situation..lain lak jadinya..rasa macam nak study jer...xmau praktikal,tak mau keje..huhuhuhu
SEBAB macam2 cite senior bgthu time dorg praktikal..ada yang best,ada yang terpaksa tukar tempat praktikal..dah la nak cari tempat praktikal 2 susah,dah mcm nak cari keje lak..search list company,kena call nak confirmkan dorg terima tak student statistik,nak kena hantar document lg...
last week,mmg keje duk survey tempat je la...alhamdulilah,ari isnin aritu dah settle..kaaka dah pos smue document..

*melambung duit habis beli benda ni...dah la harga naik..demi praktikal ku sanggup..uhuuuhu


antara tempat yg kaaka mohon :
-->penang port
-->wisma audit
-->umk
-->JPN kelantan
-->infosurvey sdn.bhd
-->texas instrument

kaaka plan nak mintak airport, tapi sayang dah penuh..ktrg dapat surat lewat..huhuhuu..dlm plan nak mntak HUSM.. kaaka plan nak mintak banyak2 becoz ada 1 kes senior kaaka,die mintak 10 tempat tapi satu tempat pun tak terima..last2 terpaksa praktikal dekat balai polis..lecturer kami tak galakkan since kat sana data confidential..huhuhuuh

korg tahu tak company/universiti/jabatan mna yg terima student statistik untuk praktikal??kami boleh jadi research assistant (RA),ataupun blh join department human resources,quality control,statistik,pangkalan data and department yg related ngan data la...bila ktrg buat thesis nanti,company korg pun akan dapat result from the research...jimat la,tak perlu nak hired researcher dah..ehhehe *promote jap..

p/s : if korg tahu tempat mana,inform ye...please!!!!nak area kL or seremban..


...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

Sunday, April 1, 2012

NASIB BAIK BUKAN SENDIRI YG NAK KAWIN

Assalamualaikum....

lately mmg busy,busy dgn program,asignment,test,project...and paling tak settle2 lg pasal abang kaaka..huhuhu..
he will be engaged soon,since kami 5 beradik,2 perempuan,3 lelaki...kaaka la yg kena amik port keje lebih ckit..adik kami yg perempuan 2 busy dgn kelas..she's spm candidate...lagipun kaaka ni ada kedua.mmg tugas berat la bila abang nak kawin or tunang ni..everything kaaka yg handle,dari nak beli barang2 hantaran,nak menghias lagi...abang kaaka akan bertunang dgn org perak..adat kami xsama,mmg la org cakap adat je pun kan..tak ikut xsalah pun...bila dah berjumpa 2 negeri ni,nak tak nak kena buat jugak la macam org lain buat..nantikan xpasal2 orang duk mengata...

adat dorg,everything hantaran kite bagi masa tunang...bila kawin nanti p lengang je la...so,our parent decide kita amik half2...masa tunang ikut adat perak,masa kawin ikut adat kelantan which is kami xde mas kawin,masa akad nikah kita akad semua..kalau sepuluh ribu,sepuluh ribu la sebut..untungkan kami orang perempuan..hehehe

since i'm the big girl in the house,kaaka la kna settle..nk mghias2 lg,busy dgn study lg..dh laa final year ni..uhhuhu...my big bro asyik duk col tnya dh siap ke blm,pihak perempuan dh siap...actualy lmbt lg pn event,28/4..ni bru awal bln 4 kn...alahai nasib la dpt abg cam2...

sebenarnya kaaka sndri mcm xpercaya jer yang abg kaaka nk btunang..then kawin,even kami xde la serapat mna pn coz kaaka byk mbesar di asrama...beza kami 2 thn je bbnding dgn adik2 kami beza 5 tahun sorg..time kecik2 dulu,my bro suka buli kaaka..mntk duit la,main wwf,pegi kutip bola golf masa duk kuaters dulu...tiba2 one day,my mom said my bro nk tunang...kejap jer rasa masa berlalu,rsa my bro still kecik lg...even dia dh keje skrg ni,xrasa mcm dia dewasa pun...bla balik umah time cuti,still lagi kami duk bergurau senda..main tarik2 rambut..uhuhuhu..bla dia secara official perkenalkan kakak ipar kami,time 2 kaaka rasa mcm ada satu perasaan tiba2 muncul..xtahu perasaan apa...myb sebab kaaka xkenal sgt kot kak zati 2,dgr2 cite dri adik kaaka she's very kind...dorg dh jumpa time p holiday ari2..kaaka je la ketinggalan since dorg p time kaaka ada kuliah...

since kaaka yg handle pasal bertunang ni,baru kaaka thu bukan senang nk buat keputusan tuk bertunang...apatah lagi nak kawin..macam2 persiapan kena settle kan..bajet mmg btl2 kena cukup la..bertunang saje pun nak dekat 5K dah..kawin nt xthu la...

kalau kaaka sendiri yg nak kawin,berapa bajet tak tahu coz tiap kali masuk kedai pengantin,rambang mata nak buat pilihan..kejap nak buat hantaran mcm ni,kejap nak buat macam 2...pening kepala den..pantang ada yang latest punya,rasa nak grab jer...huuhu

so,skrg ni hidup tak berapa nak terurus la..byk benda nak kena fikir kan..kelas pn pack sem ni...xdan nak rest,mmg rasa mcm berat sgt..hope i can do it!!!






...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

Saturday, March 31, 2012

KAMI GELOMBANG MERAH

assalamualaikum semua...

lamanya rasa xupdate blog yang dh bersawang ni..spider pun dah beranak pinak..uhuhhu..lately kaaka busy ckit..last week kaaka join program ekspo selangkah ke UiTM,siap jadi ketua biro kot..amik kaw..uhukk..actually bukan kaaka yg nk jadi ketua,mayb before this kaaka join karnival jom masuk u..so,secara tidak langsung ada la ckit info yg kaaka ada..myb sebab 2 la kot en.imran amik kaaka jadi ketua..dah la bg biro yg paling berat skali which is biro semakan online,anak buah ada 35 org nk kna handle...compare dgn biro2 lain anak buah just 8-9 org jer..xpe la,anggap itu cabaran...pada hari berkenaan,kami semua gelombang merah ye...
let's check out the picture....

 persiapan tempat : since student diploma tgh exam,pihak uni trpaksa amik altrntif tuk sewa tempat..akhirnya didewan persatuan perempuan kelantan ini la tempat kami mencurah bakti...


godies beg yg berwarna merah....


 suasana di hari kejadian...alhamdulilah semua berjalan lancar...

since kaaka incharge bahagian semakan,adik2 akan beri kami slip dan ic..kami akan check program2 yg ditawarkan  bersesuaian dgn result mereka..

dah macam pekerja cimb bank kan...hehehe

suasana diluar dewan....*kesian adik2,panas...

our godies beg....

some of our team with our lovely bos..en.imran...en hisyam xde masa ni..huuuhu

...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

Monday, March 5, 2012

hari yg "BORING"

assalamualaikum w.b.t

menjejakkan kaki ke kampus setelah berbulan cuti amat la berat..*berbulan kot,walhal sebulan setengah jer...
then, bermula la alkisah seorang mahasiswa part 5...merasai diri sebagai SENIOR mmg la dinanti sekian lama..heheehe

stop talking about unimportant things..

kaaka nk gtaw yg jadual sem nih pack sgt..

ahad dan rabu - 4 kelas smpai malam
isnin - 2 kelas
selas - 1 kelas
khamis - holiday

xde kaitan ngn tajuk lg kan, meh cnie cheq nk habaq...semalam excited pi register,sampai2 tgk mcm xde org jer pun..tanya kaunter HEA,staff kata kelas start esok (hari ini)..then,merayap ke KB MALL...lewat petang baru balik..bangun pagi tadi terlebih excited nk pi kelas,iron baju kurung..bersiap2,then nk naik tangga kelas jumpa ngn member,dia kata kelas cancel...alahai,letih cheq bermake up...arini xleh nk merayap la coz duit dh kering...balik tersadai la dlm bilik depan laptop...BORING!!!!

awat yg lecturer xmau buat kelas,punya la semangat nihh...azam baru as SENIOR,nk p kelas awal duk depan..target result mau gempak lg...




...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

Tuesday, February 28, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU




moga berbahagia hingga ke anak cucu...sory xsempat nak dtg awal...doakan kaaka dpt jodoh cepat ye...hehehe

ZAHIDAH <3 NIZAM
24/2/2012


...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

Monday, February 27, 2012

KARNIVAL JOM MASUK U

assalamualaikum w.b.t..

alhamdullilah selesai sudah KARNIVAL JOM MASUK U peringkat zon timur. walaupun penat tapi nikmat kepuasan bekerja memang mantap la..

1st day - after kami packing pamplet dlm paper beg,almost 380 paper beg yg dh siap..bos belanja kami mcd..hooray!!!


 the time - mmg gerai kami antara yg menjadi tumpuan org ramai,jalan sesak..next time,KPT kena bg place yg besar ckit mcm UMK and politeknik.

 last day - again,bos belanja kami kfc...huhuhu
 actually,bukan la sebab dapat makan free.dapat "kupon"..event kali nih mmg best sbb kaaka dpt berbakti untuk UiTM. i'm really proud to be UiTM student..dapat bos yg awesome, team yg happening...mmg best la...alang2 mnyeluk pekasam 2,kaaka dpt gak survey tuk continue master..tapi kan,ada la some staf dr uni lain yg mcm nk tak nak jer layan bila dorg tgk kaaka pakai baju UiTM..dorg igt kaaka xserius kot..sob3..bukan semua u offer master yg sama kan..sbgai contoh,kaaka minat dlm bidang kaunseling even skrg kaaka study in statistik..UiTM xde bidang kaunseling, nk tak nk kena tukar uni la kan...at least dorg bg la perhatian skit,first impression 2 penting...dh la die uni yg tertua,kan dh kaaka reject awal2...


p/s : kena settle kan proposal GPMS lak...i can do it!!!


...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

Thursday, February 23, 2012

ALHAMDULLILAH,mencapai target....

assalamualaikum frens,

lama xupdate entry kan,lately busy ckit.dup dap dup dap..org lain dh check result final 22/3 lg,since kaaka ada program xde line internet nk check..berdebar tak terkata la org kata..bla frens kaaka col tanya sal result,makin bertambah debarannya..ada yg up and ada yg down,pape pun its depends on usaha kita,kesungguhan kita untuk grab the opportunity to be success one..

finally,hari ini kaaka dh check..semalam xleh nk tdo coz duk pikir sal result...hope mlm nih lena la ye..uhuhu


notes :
thankz to all LECTURER yg byk tunjuk ajar, FRIENDS yg support and bg komitmen untuk siapkan report,project..a big thankz to MA and ABAH yg mendidik,menjaga,mendoakan anakmu ini..lots of love from me!!!

p/s : update program weekend
24/3 : my frens zahidah and her hubby nizam will be marry,congrate both of u..insyAllah kaaka try untuk hadir seawal mungkin.
24/3-26/3 : sukarelawan karnival pengajian tinggi,stadium muhamad IV..adik2 yg tgh tunggu result spm jemput2 la dtg ye...jumpa disana!!
24/3-25/3 : underground GPMS,insyALLAH kaaka try mntak ngn bos tuk baling awal..so, kita blh over night kat damai beach resort,melawi..



...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

Wednesday, February 15, 2012

AFTER A LONG TIME....

act nih cite last week...we oll meet together after long time...mmg happening giler la bila jumpa kwn2 lama..mcm2 cite yg kuar,frm previous story time skol dlu until the latest story...huuhhuhu...
as usual,kami pilih tuk picnic coz lebih bebas compare nk meet kat mall...ada makan2 ckit and rest kami berphotography la...hehehe







...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

Saturday, January 28, 2012

JOM BERZUMBA

assalamualaikum w.b.t

korg tahu tak apa itu zumba???

A : kereta lumba ke?
B : macam nama kuda jer...
C : macam pernah dengar.

meh cnie cheq nk habaq mai..


zumba ialah satu exercise ataupun boleh dikira sebagai salah satu teknik aerobik..a high-energy Latin and international beat with exotic rhythms. ia antara most successful dance-fittness program..kita menari dan juga exercise in a same time...nice right???

actually zumba masih baru dimalaysia and dah lama terkenal diluar negara..kaaka pernah try zumba ni bila kaaka attend satu kem,instructor yg conduct aerobik ajar kami...at that time,just do and forgot it..like usuall..hehehe..then,kaaka expose about zumba ni bila tonton wanita hari ini..baru tahu this program boleh loss weight dgn cepat...still lagi bt xthu jer..hari ini kaaka ke rumah my classmate sekolah men dulu,she's coming back from australia...just shocked when i see her,a gorgeous one..really pretty..she telling her secret,and apalagi..kaaka teruja yg amat la...pantang bila tahu rahsia nk loss weight nih..huuhuhu

before she do zumba program

after she do zumba program


















*sorry picture baru tak ada,just rembat dr her fb..ehhehe

antara kelebihan zumba fittness program
-->kita akan bakar 500-1000 kalori dlm masa sejam

my fren just do it for 4 month and she get the good result..she just to 1 hour zumba,diet with breakfast and lunch..just skip dinner...i'm borrow her DVD,i will try tomorrow..insyALLAH..(^_*)

for more detail,visit here : SINI

...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

Friday, January 27, 2012

UNDER CONSTRUCTION



p/s : lama tak godek2 blog,nk tkr style bru la...hehehe...kbai =)


...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Friday, January 20, 2012

TANPA KITA SEDAR...

assalamualaikum w.b.t

act entry ni bkn la nk cite pasal exam,student's life or apa2 la...it's take me a long time to think and think about this..I WANT CHANGE!!! yes,surely yes...kaaka rasa kehidupan yg kaaka lalui skrg ni like a live without goal,i just passes through my life without  i know for what i had been alive,whose my creation, who beside me..
i had thought about this for a long time, i want change but i feel shame...
last 2 days,kaaka n a few frens ad discuss about nikmatnya bila dilahirkan sebagai islam...kaaka admit yg kaaka terlalu byk dosa,terlalu hina rasa diri ni...i our daily life,mcm2 dosa kita buat...tak kisah la dosa kecik or besar...kaaka proud dgn insan2 yg dpilih ALLAH tuk mngenal islam,tak dnafikan juga islam dorg lg utuh dri kita yg dilahirkan secara islam ni..kerdil sgt rasanya..

one of myfren,before this she not wear hijab..seems she wearing hijab,slowly i can feel her changes...cara pemakaian,cara percakapan n the way she thinks...before this,she was fashionable...i wonder why she can be change, a truely changes...



try imagine,if kita dilahirkan bukan dlm islam...(nauzubillah) adakah kita akan mencari makna islam itu??adakah kita akan didedahkn dgn agama islam nih??pernah tak kita bersyukur dilahirkan sebagai sorg islam??yes,kita patuh dgn ajaran islam..kita solat 5 waktu,kita puasa dbulan ramadhan but cukup ke dgn hanya mjalankan hukum wajib shja??

i'm not sure where i read this
"tak perlu mgharap hidayah jatuh keriba,kita perlu carinya. mencari hidayah seperti kita kelaparan,perlu disuap makanan.begitu juga hidayah,makanannya adalah akidah...kuatnya akidah kita,bila kita rasa takut bila melakukan kesalahan..kuatnya iman bila kita rasa takut bila tinggalkan solat walaupun sekali shja.."

"tak ramai org yg baca al-quran dlm seharian hidupnya,lagi tak ramai yg tahu dan memahami maksud ayat2 suci ini dan makin tak ramai yg tahu dan praktikkannya..."

based on my observation...
"berapa ramai lelaki yg sedar sembahyang jumaat 2 wajib??*exmple plng sng...tiap kali kaaka pegi shopping complexs msti ramai jer lelaki yg tak pegi masjid even dekat kelantan time 1-2 ptg semua kedai wajib tutup...tak kan semua  musafir??
berapa ramai wanita yg tahu dan praktik menutup aurat itu wajib than wear hijab???ramai yg thu tp tak amalkan jer...bersyukurlah dgn nikmat kecantikan yg Allah beri.."

kaaka selalu cemburu dgn wanita2 cantik nih,memiliki pipi yg mulus,bentuk badan yg cantik...akhirnya kaaka sedar semua nih hanya pinjaman jer,semua manusia sama dimata MAHA PENCIPTA...takutnya bila bercerita tentang titian mizan,azab neraka,the lifeafter...kaaka tak la secantik and sebijak org lain,but dulu kaaka selalu impikan apa yg kaaka nk for future..bila kaaka list down kan,marsyallah xde pun pikir pasal bekalan2 yg kaaka perlu bawa...totally duniawi jer semua...

kaaka nk berubah!!!berubah tuk mnjadi lebih baik,mukmin yg solehah...YA ALLAH,permudahkan segala urusanku,tetapkan pendirianku,kukuhkan imanku...





...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

Sunday, January 8, 2012

SURAT CINTA UNTUK SI DIA...

Assalamualaikum my love..

My dear,

If you love me, don’t confess your love to me, this won’t please me and will keep me away! Love words don’t attract me.

If you love me, wait for me and I will knock on your door in the right time. Don’t give me privileges which I don’t deserve.
Don’t love me, for I want you ignorant in love. I want to teach you love when the right time come and you will be my Halal, only when we are joined together under our Creator’s satisfaction.

Don’t tell me what you feel, don’t give me from your time, don’t push me to lose youI am a man who won’t accept to see the one he loves committing sins or to live a forbidden love behind the back of her family. I don’t want her to feel guilty and don’t want her heart to suffer.

Put limits to me that I won’t cross, kill me inside you so I won’t grow to kill you. Preserve what is beautiful inside you. I want you innocent, chaste, pure. I want you dear, not easy. And then, only then, I will face everything and will be ready to go through difficulties to get you.

How could I be a faithful man to you when I try to break your chastity?

How would I be faithful to you if I push you to betray your family?

How could I trust a love which grew under Allah’s wrath?

To love you means to protect you, to preserve you not to kill what is beautiful in you.

Don’t be easy because then, I may not value you. Don’t love me now, so I won’t hate you!

My heart wants you and doesn’t want to lose you. I don’t want you to be just a passing fancy to me, I want you a husband, a lover, the father of my children, I want you to be the one I will spend my whole life with...




p/s : tjumpa note nih dlm lappy...nice kn..=D




...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...