Sunday, February 27, 2011

....aku yg masih mencari....

Dikala hatiku masih berbolak balik,
Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti,
Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin,
Aaargh, lemahnya diriku kerna sering tertewas!
Walau nun di samudera
Walau di kamar sepi
Walau di kamar besi
Suatu detik tidak terundang
Pasti datang
Janji Allah Maha benar

Apakah bekalan yg kubawa
Mungkin harta tidak terbilang
Mungkin ilmu sayup mata memandang
Mungkin jua
Sebuah rumah setinggan
Sebuah basikal using
Semua hanya kenangan
Semua hanya bayangan

Ketika ditanya mana amalnya
Ketika ditanya mana zakatnya
Ketika ditanya mana syukurnya
Mungkin
Bahagiakan pada yg fakir
Gembirakah pada yang miskin
Dukakah pada yang kaya raya
Siapakah yang mahu pastikan??

Aku…
Apakah nasib akhirku
Bagaimana kuburku
Bagaimana mahsyarku
Adakah amalanku diterima???

Tika malam suram
Tika cengkerik bersahutan
Tika ulama memuji Tuhan pencipta
Kalimah tuhan memenuhi ruang dada
Aku..masih jua begini
Dibaluti selimut tebal…
Lena dibuai mimpi indah
Tiada upaya tiada kudrat
Untuk menyahut seruanMu illahi


Mengapa aku masih begini
Sedangkan dunia hanya mimpi ngeri
Penuh tipu daya tak penghujung
Sedangkan janji ALLAH Maha Benar
Syurga tak terbayang indahnya
Neraka tak terkata panasnya
Mengapa manusia masih buta???


ku tau ku hina
ku tau ku tak guna
ku tau ku jalang
tapi yang ku mahu
hanya satu yang kuingin
hanya satu yang ku harap
menjadi penyembahMu
ampunkanlah aku 
ampunlah kami
sesungguhnya ALLah itu Maha Pengampun 
kerana...... 
sesungguhnya mati itu pasti 
akhirat pun pasti 
mizan pun pasti 
sirat pun pasti 
neraka pun pasti 
syurga sudah tentu pasti 
DUNIA sementara AKHIRAT kekal abadi






...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

No comments:

Post a Comment

seBuah kriTikan sEguNung sEmanGat mBina