Sunday, October 16, 2011

BISIKAN HATI

Hari-hari yang ku lalui kini terasa sepi.
Jiwaku kosong, tak terperi.
Hidupku tak seindah yang diimpi .
Aku tahu diriku ini ramai yang membenci.
Akibat kerana banyak perkara yang mereka tidak ketahui.
Tapi aku juga punya perasaan dan hati.
Aku juga mahu menyayangi dan disayangi.
Teruk sangatkah diriku ini.....
Mengharapkan pengertian daripada mereka-mereka yang ku sayangi.
Sedih dihati tak siapa ingin dengari.
Tiada lagi kecerian dalam hidupku kini.
Hanya padamu Tuhan tempatku berkongsi sepi.
Tak tertanggung rasanya derita ini.
Tidak diperdulikan oleh mereka lagi.
Ku rasa tak bermaya untuk menjalani hidup ini.
Tapi aku kuatkan hati.
Mungkin satu hari nanti.
Cahaya kegembiraan akan muncul kembali
Bersama orang-orang yang menyayangi diriku ini.
Dengan sepenuh hati.....





...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

No comments:

Post a Comment

seBuah kriTikan sEguNung sEmanGat mBina