Saturday, September 8, 2012

UJIAN KE ATAS MEREKA YG IKHLAS



Adakah anda seringkali merasakan diri tidak pernah dihargai oleh orang lain ataupun majikan anda? Kisah yang diambil dari lanjutan email ini agak panjang namun dapat merungkai sedikit permasalahan anda itu InsyaAllah…

KATA KATA Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi. “Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji? Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?” Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…” “Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.“Kakak, boleh saya bertanya?” “Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi. “Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?” Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?” Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya. “Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik. “Maksud encik?”“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.” “Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you’ll get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.” “Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?” “Maksud kakak?” “Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”

KATA KATA 4“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil “golden rule!” Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya. “Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…” Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti. “Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.” “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’ “Pasti ada! Insya-Allah.” “Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.” “Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.” “Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

HUJAN“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”“Maksud encik?” “Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you’ll get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah deiman kasihngan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?


...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

MALUNYA....

Assalamualaikum...

apa cerita hari nih?? apa,pergi dating???ohh nooo,sampai hati tak ajak kaaka...untung la korg ada boyfren..huuhhu...kalau yang tak ada boyfren tu korg buat apa ye???cer cite cer cite...rmai kawan kaaka ckp kaaka nih jual mahal..apa maksud jual mahal sebenarnya ye??hmm i'm so wonder to know...actually,bukan jual mahal ke apa..mayb belum jumpa yang berkenan dihati..jodoh itukan rahsia Allah s.w.t...kaaka selalu berdoa bila masa jodoh kaaka akan datang,xsabar juga bila most of my fren yang dah kawin..paling tak tahan ada juga yang dah menimbang cahaya mata..sabor je laa...bila tahu dorg pregnant,kaaka yang over excited...i love kids very much...<3

back to the story...kaaka baru balik dr bengkel kereta..seawal 9 pagi dh pergi,sampai jer kat kedai tu..dah ramai orng duk tunggu turn...dah la ramai lelaki...kaaka pun turun kete yang cari la tauke kedai...my bro yang suggest kedai nih,dia kata murah ckit berbanding kedai lain...then dia kata tauke dia chinese...so,kaaka pun cari la tauke tuhh...hahhh,tu dia..belum je sempat bagitahu..

tauke : apa masalah mek??
kaaka : nak service tauke.
tauke : kejap,abe alih kete dulu. nak suh mek nih masuk depe.nanti wat masuk sini.
kaaka : ok.

then,kaaka park kete kat tempat tauke tu suruh...pakcik yang duduk sebelah kaaka tanya kete masalah apa,kaaka cakap la nak service..segan + cuak juga mula2,then ada family datang nak baiki kete la kot..ada wife anak perempuan..kira ok la skit sambil tgk pekerja bengkel mengservicekan mr.v...

pekerja : minyak brek cek dop nih??
kaaka : err err...dop,xtahu..nak cek mana??

dia pun tunjuk la tempat nak cek tu...

pekerja : nih nk tukar minyak gpo??
kaaka : minyak perodua...wink3~~
pekerja : premium ke biasa??
kaaka : yang mana molek??
pekerja : premium nih ok la lagi tapi wat biasa pun ok gak..
kaaka : kejap,saya nak tanya abang sya...

hmm buat malu jer,patut la ramai lelaki yang pandang rendah kat pemandu perempuan...bukan kami tak nak belajar,mayb bukan bidang kami...mcm lelaki juga,kenal tak bunga cengkih? bunga lawang??jintan putih?? korg pun tak tahu kan...even my bro pun pernah salah beli sawi dgn salad...nak salahkan siapa nih?? at least kaaka tahu juga nak letak angin tayar kete..hehehe

service tadi habis RM130,tukar minyak brek,minyak enjin,air bateri...bankrupt makkk...tapi abah kata nak ganti nt..yeay!!kalau service kat perodua mau cecah RM200 juga la...nasib baik dah habis tempoh kena service kat sana..nih service kali ke 4 dah la..mr.v makin matang dh sekarang...

p/s : kena study balik pasal kete nih..
p/s : esok ada date dgn mr.v..hooray..
p/s : nak sambung iron baju untuk LI..



...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

UJIAN KE ATAS MEREKA YG IKHLAS


Adakah anda seringkali merasakan diri tidak pernah dihargai oleh orang lain ataupun majikan anda? Kisah yang diambil dari lanjutan email ini agak panjang namun dapat merungkai sedikit permasalahan anda itu InsyaAllah…

KATA KATA Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi. “Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji? Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?” Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…” “Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.“Kakak, boleh saya bertanya?” “Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi. “Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?” Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?” Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya. “Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik. “Maksud encik?”“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.” “Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you’ll get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.” “Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?” “Maksud kakak?” “Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”

KATA KATA 4“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil “golden rule!” Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya. “Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…” Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti. “Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.” “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’ “Pasti ada! Insya-Allah.” “Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.” “Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.” “Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

HUJAN“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”“Maksud encik?” “Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you’ll get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah deiman kasihngan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

sources : HISHAMUDDIN HUSSIN


...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

Friday, September 7, 2012

AL-QURAN WANITA

Assalamualaikum semua...

mlm nih sempat blogwalking bbrp blog jer...line broadband slow yang amat,sabor je lah...uhhuhu
dekat FB ramai kawan2 kaaka post status pasal LI,semangat sungguh mereka...dalam duk berkomen dan mengelike..kaaka ada baca post pasal AL-QURAN WANITA..hmmm,sounds good kan...then kaaka baca apa kelebihan AL-QURAN nih....
kalau dulu fomous dengan AL-Quran Rainbow kan...sangat lawa Al-Quran nih,warna warni lagi...dah nama pun rainbow kan..kaaka igt nak beli Al-Quran rainbow tu tapi bila pikir balik,mcm tak worth lak nak beli sebab kaaka tengah cari Al-Quran terjemahan yg kecik and senang nak bawa ke mana2 jer...then,bila baca kelebihan Al-Quran Wanita,hati nih rasa tertarik jer...

Antara kelebihannya ialah...
- Al-Quran dan terjemahan 30 juzuk lengkap
- 744 muka surat berwarna dengan frame bunga
- indexs ayat2 tentang wanita dalam Al-Quran
-Hadith Arba'in Nisaaiyyah
- 40 nasihat dari Rasulullah buat wanita melalui hadith yang sahih

- 40 hadith tentang wanita (Arba'in Nisaaiyyah)
- 20 sejarah wanita yang disebut dalam Al-Quran
- Tips kecantikan Wanita mengikut sunnah Rasullulah
- carta tentang rawatip wanita
- carta tentang ibadah rawatib wanita
- carta tentang wanita yang haram dinikahi
-indeks ayat-ayat tentang wanita dalam Al-Quran
- Fiqh ibadah wanita
- Agenda muslimimah khatam Al-Quran
- Gelar wanita dalam islam
-kisah tentang wanita pertama dan utama dalam lintasan sejarah islam seperti Siti Khatijah r.a, Siti Aishah r.a dan ramai lagi..




tadaa.........



kaaka dh order...korg mcm mna??berminat???meh ler ke SINI kalau nak order...hmm xsbrnya nk dapat walhal admin die xreply pape pn lg..uhuhuhu

before kaaka end ths entry,jom tgk tomorrow checklist dulu...

-->service mr.v at kedai ah leong
--.>print borang
-->iron baju untuk seminggu

p/s :mcm takut pun ada nak strt LI nih...uhhuhuuh


...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

OHH CEMPEDAK GORENG LAGI

Assalamualaikum....

how's ur day??kaaka plan nak pegi pasar malam dkt pantai irama,bachok ptg nih...tp since hidung dok sok seh sok seh lagi angkara selsema....cancel la nak pegi...kang makin teruk lak selsema kena angin pantai..dah la isnin nh nk strt LI dh...kaaka suka pegi sana even 20 minit gak dari umah kaaka...pasar malam dia menarik,betul2 tepi pantai...biasanya kami beli makanan then lepak tepi pantai...aritu kaaka pegi,ada perkhidmatan sewa kuda...then ada yang naik mcm helikopter tu,tapi kita duduk ats kerusi,kaki kena straight ke depan...ala,lupa dah org pnggl apa..huuhu...

korang tahu tak sekarang nih musim apa???meh nak kasi tau...skrg nih musim cempedak kot...sebabnya tempat2 yang jual goreng pisang and keropok losong ada jual benda nih...actually bulan puasa aritu lagi musim dia...al-maklum la puasa kan,masa makan terhad...minggu nih direct duk mengadap cempedak,kadang makan mcm tu jer..tak goreng pun..lagi best tapi adik2 kaaka suka yang goreng..kena la jadi orang gaji yang tak bergaji...

sekali lagi,menu HI-TEA kami cempedak goreng..meh la ke rumah nak rasa cempedak goreng kaaka..hehehe...Here,our cempedak to be made...

isi cempedak yang sangat manis...ada yang kolor kuning,ada yang oren...

before di goreng,kena la gaul dengan tepung dulu...


time goreng...api kena la perlahan,baru yang dalam masak...

tadaaa....inilah hasilnya..
 p/s : jgn selalu guna newspaper nak buat lapik,bahaya...biasanya kaaka guna tisu tapi tisu dapur kehabisan..mama yang lapik dgn paper nih...aishhhh




...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

MENU TENGAHARI

Assalamualaikum semua....

sihat tak hari ini???kalau tak sihat cepat2 makan ubat,kalau teruk cepat2 jumpa DOKTOR...hmm bangun pagi tadi,kaaka rasa mcm nak selsema jer..mayB sebab semalam sejuk kot,kaaka sensitif dengan perubahan cuaca..al-maklum la kan,cuaca skrg nih xmenentu..kejap panas,tup2 petang hujan...apa plan korg ye weekend nih??(sblh pantai timur)..kaaka tgh menghitung hari nak start praktikal..xsabarnya...

ok,intro dah panjang tu...kang melalut kot lain lak..pagi tadi *ehh skrg pagi lagi, i mean pkl 9 tadi mama pergi pasar basah..biasa la nak mencari lauk pauk untuk menu tengahari ni...balik2,terus menerpa kaaka yang sedang kusyuk melipat kain...OMG,dlm banyak2 kerja..melipat kain la paling kaaka xsuka,tau takkk??
ok2,back to story...mama tanya kaaka nak masak apa arini,dah abis menu dah nak masak...siapa cakap jadi SURI RUMAH senang??susah wooo...dari pagi sampai malam tak henti2 bekerja,bukan setakat kudrat jer..otak pun guna tau..

hmm last2 kaaka suggest 2 menu...cer teka apa???sapa betul kaaka bg LOLIPOP..ehehehe
today,our menu are daging bakar berempah, ikan bawal 3 rasa and sayur campur (idea mama)...lalalala
abah dah balik dri dataran ilmu,terus tanya dah masak lum...nasib baik tadi mama ada beli roti canai,makan yang tu dulu la...daging dah siap perap,otw nak bakar la nih...

korang nak tahu resepi tak??kaaka selalu ke SINI...banyak resepi2 yang korg boleh try...kaaka suka try and error...modified skit resepi yang ada mengikut citarasa kaaka...

ok la,kaaka nak pergi bakar daging..bakar dengan arang lagi best...tapi kena buat bara dulu la..chow dulu ye,arini ari jumaat...kena masak awal la coz abah and adik2 nak ke masjid...


p/s : ada masa nanti kaaka sambung blogwalking ye...



..:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

Thursday, September 6, 2012

CERITA LAMA...

Assalamualikum w.b.t...

hmm lama berbenor kaaka xupdate story kat rumah kaaka nih kan...bukan setakat berhabuk bersawang, semut2 liar pun mula jadikan markas mereka kat sini...nasib baik tak jadi lubuk SINDIKET BUNGA API jer...uhhuuu
dah la lama tak update,sekali update CERITA LAMA yang dah berkurun terjadi...marsyALLAH,mujur la masih ada kesedaran diri tahap Minimum untuk bertangungjawab ke atas blog nih...
actually,bukannya kaaka xnak update blog pun...saje nak kasi awak..awak...dan awak yg kat sana rindu saya...RINDU dakk???*perasan!!! kaaka sebenarnya buat2 busy since ari2 last sem kaaka...OMG, saya dah last sem...last sem untuk attend kuliah jer,belum TAMAT lagi ok...kaaka ada intern lak lepas nih,nak tahu dekat mna??next entry kte story mory,boleh??
disebabkan kaaka yang buat2 busy, so byk la asgnment dan project yang memaksa kaaka mengunakan otak yang bijak ini untuk siapkan sebelum duenya tiba...that's why la,kaaka ketandusan idea untuk menulis di rumah kaaka ini...sory for those yng menantikan entry dari kaaka..(ada ker yg tunggu??)

back to the title,kaaka nak share dgn korg about my brother... he got engaged that last april...its an old story right??kaaka yg terOver excited coz finally i will got a sister...i really dream that i can have a sister since i'm the second...finally, MY DREAM BECOMES TRUE...ohh yeahh...

alhamdullillah,my bro got engaged with perak's girl...dorg kenal since stay di kuartes yang sama...my bro keje dekat pejabat kesihatan kubang pasu and my sis keje di hospital alor star..unfortunately,my sis being transfer to Perak before their engagement...my sis apply to transfer back to Perak before know my bro, belum sempat dia nak cancel,dh dapat surat kelulusan utk transfer...hmm PJJ la lepas nih kan,sorg diperak,sorg dikedah..

then,here their HANTARAN that made by me..my handmade ok...awesome tak???


akifays-wardahemas.blogspot.com




this is from our side...since kami berlainan negeri,so budaya pun lain la kan.. mengikut adat mereka,masa bertunang, hantaran dah macam kawin..nanti kawin xde dah hantaran2 nih...sound mcm xmeriah la kan nanti..after both parents discuss,they decide time bertunang ikut adat perak and bila kawin ikut adat kelantan... FYI, kelantan kan xde mas kawin..berapa yang pihak lelaki bawa,akan diangkat masa akad nikah..contohnya,kalau sePULUH ribu..pengantin akan jwb "aku terima nikahnya.......dengan mas kahwin sebanyak se10 ribu.." lebih krg mcm tu laa..

 ini dari pihak perempuan...13 berbalas 7...kalau korg nih alert,cer try kira atas tu ada berapa...bukan 13 kan..actually,adat mereka juga..hadiah dri sanak saudara or jiran tertangga juga akan diletak di bahagian hantaran juga..sebab tu banyak...

then,the most i like is....tadaaa
 yg nih decoration yang paling kaaka suka...weewee

the wife and husband in future...


p/s : dh besar panjang rupanya abang kaaka nih, dh 24 and CNY nanti dah nk kawin..rasa mcm baru jer lepas sekolah,mcm bulan lepas kita balik sekolah jalan kaki dek kena tgl dgn trak askar..rasa mcm mggu lepas abg mintak duit dgn kakak time rehat, rasa mcm semalam baru kita duk bgurau tarik2 rambut,kita main WWE...cepatnya kenangan itu meninggalkan kita.. sedar tak sedar, u will be married..dear my lovely brother,being a good husband and father ok...moga segala urusan akan dipermudahkan..

p/s : nasib laa kaaka presention thesis early january next year,then i finish my degree...blm lg nk hlng lelah,dh kena urus my bro wedding ths CNY...









...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...