Friday, January 21, 2011

haYati pErjaLanAn aLam

BELAJARLAH DARIPADA HUJAN......
Kehadiran dinanti-nantikan buat menyejuk alam yg hangat membasahi yg kekeringan, menghijaukan tanah yg gersang & memberi 'nyawa' kepada tumbuh-tumbuhan.
BELAJARLAH DARIPADA DAUN YANG LURUH......... 
Redha ketika menghadapi kesukaran, sentiasa sabar & tenang menunggu hari yg baik & sesuai untuk tumbuh kembali.
BELAJARLAH DARIPADA BULAN......... 
Tenang memancarkan cahayanya yg kemilau & indah buat menyuluh malam yg kegelapan.
BELAJARLAH DARIPADA LEBAH......
Sentiasa berganding bahu & berkhidmat dengan hati yg riang & semangat yg membara.
BELAJARLAH DARIPADA BUNGA.... 
Tersenyum mekar menyebarkan keharuman, menghadiahkan kecantikannya untuk mengubati hati yg gundah, juga mengembirakan setiap mata yg memandang.
BELAJARLAH DARIPADA MATAHARI....
Adil menebar cahaya & memberi kehangatan kepada semua, baik yg terawang-awang di angkasa mahupun yg bertebaran di atas bumi, kepada yg miskin mahupun yg kaya, yg mulia hatinya jua buat si kejam....kepada makhluk ciptaan Ilahi.
BELARLAH DARIPADA SUNGAI...... 
Tabah bergerak menuju ke destinasi dengan meredah apa-apa sahaja sehinggalah sampai ke muara. Airnya lembut & tenang, tetapi tiada sesiapa pun mampu menghalang kemaraannya.
PELAJARILAH SIFAT-SIFAT ALAM YANG MAHA AGONG CIPTAKAN.....
Belajarlah daripada alam kerana kita juga sebahagian daripadanya. Masa sukar tidak pernak berakhir........... Hanya yg gigih mampu mengatasinya.
~~ JANGAN SEKADAR MENIKMATI KEINDAHANNYA ~~ =)



...:::...hAnya dLm hIdup kaAka...:::...

No comments:

Post a Comment

seBuah kriTikan sEguNung sEmanGat mBina